KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan unit negara maju itu kekal kukuh ketika harapan yang tipis kepada pengurangan awal kadar faedah AS serta data ekonomi China yang tidak memberangsangkan, kata peniaga.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7705/7745 berbanding dolar AS daripada 4.7570/7645 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) China adalah lebih rendah daripada jangkaan pada -0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari dan merupakan bulan keempat berturut-turut yang menyaksikan ekonomi itu telah mengalami trend deflasi.
"Data terkini IHP menunjukkan bahawa ekonomi China memerlukan langkah rangsangan, sama ada dari segi dasar monetari atau fiskal. Oleh itu, yuan China dijangka kekal lemah berbanding dolar AS.
"Memandangkan ringgit turut berkait rapat dengan yuan, ringgit mungkin terjejas dengan trend sedemikian," katanya kepada Bernama.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pegawai Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu menyampaikan mesej yang menegaskan konsensus jelas bahawa kadar pengurangan pada Mac tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu.
"Fed komited kepada strategi yang berwaspada dan terancang mengenai pelarasan kadar sepanjang 2024. Memandangkan pendirian yang kurang memihak kepada kecenderungan menurunkan kadar faedah, yang melewatkan tarikh dan kadar pengurangan kadar, ringgit berdepan cabaran untuk mendapat kelebihan hari ini," katanya.
Beliau berkata tumpuan telah beralih kepada yen Jepun, dengan mata wang itu mengalami tekanan jualan ketika pasaran mempertimbangkan masa yang sesuai bagi kenaikan kadar oleh Bank of Japan (BoJ) susulan pernyataan dengan kecenderungan menurunkan kadar faedah oleh pegawai bank pusat.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2068/2100 daripada 3.2159/2212 semasa ditutup pada Rabu, menyusut berbanding pound Britain kepada 6.0251/0302 daripada 6.0095/0190 sebelum ini dan turun berbanding euro kepada 5.1445/1488 daripada 5.1233/1314.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama Asean.
Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5471/5506 berbanding 3.5415/5474 pada Rabu dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.5 berbanding 304.2/304.8 semalam.
Ia berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.53/8.54 daripada 8.50/8.52 tetapi meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3191/3362 daripada 13.3650/3917.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7705/7745 berbanding dolar AS daripada 4.7570/7645 semasa ditutup pada Rabu. - Gambar hiasan/REUTERS
PBB kecam serangan membunuh kakitangan di Rafah
Setiausaha Agung PBB mengecam serangan yang membunuh kakitangan badan dunia itu yang dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah pada Isnin.
Niaga AWANI: BNM punya strategi kukuhkan Ringgit
Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil beberapa langkah bagi mengekalkan kestabilan Ringgit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Malaysia tidak akan guna dasar monetari kukuhkan Ringgit
Malaysia tidak akan menggunakan dasar monetari sebagai kaedah untuk mengukuhkan mata wang Ringgit. Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata polisi negara akan ditentukan oleh pertumbuhan ekonomi dan prospek inflasi.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Larangan import uranium dari Rusia akan jejaskan ekonomi AS sendiri - Duta
Larangan ke atas import uranium dari Rusia ke Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan ekonomi AS dengan lebih teruk daripada ekonomi Rusia.
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kecederaan terhadap Allahyarham Zulfarhan tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan mereka menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
Pantau Agenda Reformasi: Pokok Tumbang: Langkah yang sewajarnya dilakukan?
Insiden pokok tumbang kini sering kedengaran di berita-berita setempat ketika cuaca buruk.
Apakah langkah yang perlu diambil pada masa hadapan bagi menguruskan situasi ini supaya tidak menjejaskan landskap satu-satu kawasan.
Kita bersama Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bagi kupasan dan perinciannya.
Apakah langkah yang perlu diambil pada masa hadapan bagi menguruskan situasi ini supaya tidak menjejaskan landskap satu-satu kawasan.
Kita bersama Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bagi kupasan dan perinciannya.
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.