awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain

Bernama
Bernama
05/02/2026
12:40 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 3.9440/9535 berbanding dolar AS daripada 3.9305/9345 ketika ditutup semalam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dipengaruhi kenaikan semula dolar selepas pasaran global beralih dengan pelabur mengambil pendirian yang lebih defensif
Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 3.9440/9535 berbanding dolar AS daripada 3.9305/9345 ketika ditutup semalam.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) kekal berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah dalam masa terdekat berikutan kebimbangan berkaitan inflasi yang masih berlarutan telah menyokong daya tahan dolar AS.
"Turun naik yang ketara dalam pasaran ekuiti AS dan logam berharga telah mengukuhkan permintaan terhadap dolar sebagai aset selamat.
"Indeks Dolar Asia (yang mengukur prestasi mata wang negara di Asia berbanding dolar AS) juga mengalami penurunan, menandakan tekanan yang bersifat menyeluruh dan tidak khusus bagi Malaysia sahaja," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek berkata dalam persekitaran itu, mata wang serantau dan yang sensitif terhadap risiko, termasuk ringgit, mengalami penyusutan sederhana namun meluas.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang turut senada dengan Mohd Sedek berkata, unit tempatan susut berbanding dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) memperoleh momentum, didorong tanda-tanda pengambilan untung susulan data ekonomi AS yang bercampur-campur.
Semasa laporan ini dibuat, Indeks Dolar Asia berada pada 92.3532, susut 0.10 peratus, manakala DXY meningkat 0.27 peratus kepada 97.87.
Ketika akhir dagangan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain. Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5068/5130 daripada 2.5091/5118 ketika ditutup semalam, dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.3496/3625 daripada 5.3887/394.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 4.6460/6572 daripada 4.6443/6490.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3955/4320 daripada 12.4206/4391, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 234.1/234.8 daripada 234.2/234.6.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0943/1020 daripada 3.0912/0946 dan turun berbanding peso Filipina kepada 6.72/6.74 daripada 6.66/6.67 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#nilai tukaran asing
#mata wang
#rizab persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan