awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah

TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka

Bernama
Bernama
05/02/2026
14:45 MYT
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Mohd Noor Helmy berkata TNB menganggarkan kerugian sebanyak RM8,000 sebulan berikutan aktiviti berkenaan yang turut menjejaskan bekalan elektrik ke tiga kediaman berdekatan. - Gambar fail/Amanz
MELAKA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan kerugian sebanyak RM29.63 juta pada tahun lepas akibat kecurian elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin di Melaka.

Ringkasan AI
  • TNB mengalami kerugian sebanyak RM29.63 juta akibat kecurian elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin di Melaka pada tahun lepas.
  • Peningkatan kerugian sebanyak RM19.17 juta berbanding tahun sebelumnya menunjukkan kegiatan tersebut semakin aktif dengan 85 kes dikesan berbanding 30 kes pada tahun 2024.
  • Siasatan di rumah tidak berpenghuni di Taman Tambak Paya Harmoni mendapati penggunaan kain langsir untuk menyorok kabel elektrik, menyebabkan TNB anggarkan kerugian RM8,000 sebulan dan kes ini merupakan yang kedua berlaku di Melaka tahun ini.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata ia menunjukkan peningkatan kerugian sebanyak RM19.17 juta berbanding 2024 yang hanya merekodkan kerugian sebanyak RM10.46 juta.
"Sebanyak 85 kes turut dikesan pada tahun lepas berbanding 30 kes pada 2024, sekali gus menunjukkan kegiatan berkenaan semakin aktif di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Tambak Paya Harmoni yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin secara haram di sini hari ini.
Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong berkata siasatan awal mendapati kabel elektrik disorok menggunakan kain langsir bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata TNB menganggarkan kerugian sebanyak RM8,000 sebulan berikutan aktiviti berkenaan yang turut menjejaskan bekalan elektrik ke tiga kediaman berdekatan.
"Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat memandangkan rumah berkenaan kosong ketika serbuan dilakukan TNB dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga.
"Ia merupakan kes kedua berlaku di Melaka pada tahun ini selepas satu serbuan pada Januari lepas yang melibatkan dua unit premis kedai dengan anggaran kerugian mencecah RM1.6 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bitcoin
#Suruhanjaya Tenaga
#TNB
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.