awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
02/06/2021
13:07 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1153/1163 daripada 3.1229/1255 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 5.0226/0238 daripada 5.0491/0514. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS pada Rabu mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak global.
Harga penanda aras minyak mentah Brent melonjak 1.02 peratus kepada US$70.97 setong hari ini.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1240/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1265/1283 pada Selasa.
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bersetuju untuk meneruskan pengurangan pengeluaran secara beransur-ansur di tengah-tengah lantunan semula harga minyak, semasa mesyuarat peringkat menteri kumpulan itu yang diadakan pada 1 Jun.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata permintaan ke atas produk minyak domestik mencatatkan peningkatan semula selaras dengan usaha pemulihan aktiviti ekonomi yang berterusan di Malaysia kecuali sektor penerbangan.
Di dalam negara, seorang peniaga berkata penurunan ringgit dijangka mereda dengan kejayaan pembendungan penularan pandemik COVID-19 dalam tempoh dua bulan akan datang atau ia malahan bergerak seiring dengan mata wang Asia (kecuali Jepun).
Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1153/1163 daripada 3.1229/1255 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 5.0226/0238 daripada 5.0491/0514.
Unit tempatan itu meningkat berbanding yen kepada 3.7565/7579 daripada 3.7638/7789 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.8322/8336 daripada 5.8583/8621.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan