KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini selepas berikutan kemerosotan mata wang Amerika Syarikat itu selepas penerbitan Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Pemberhentian Kerja di Amerika Syarikat (JOLTS).

Seorang peniaga berkata JOLTS telah mencatatkan jumlah yang jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan, sebanyak 9.3 juta tawaran kerja untuk bulan April, lebih tinggi daripada jangkaan 8.2 juta, ia adalah paras tertinggi sejak tahun 2001.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1165/1175 berbanding dolar US daripada 4.1200/1225 semasa ditutup pada Selasa.

Satu lagi faktor penting yang melonjakkan ringgit adalah pelaksanaan program vaksinasi di Malaysia yang telah meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan, katanya.

Sementara itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Malaysia untuk April 2021 telah menurun kepada 4.6 peratus, ia merupakan paras terendah sejak Oktober tahun 2020.

"Angka yang lebih rendah daripada yang dijangka itu membawa kepada pengukuhan ringgit dalam beberapa hari akan datang," katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1103/1115 daripada 3.1108/1132 semasa ditutup pada Selasa dan bertambah berbanding yen kepada 3.7604/7616 daripada 3.7608/7635 sebelum ini.

Sementara itu, unit tempatan merosot berbanding euro kepada 5.0176/0188 daripada 5.0149/0179 dan n turun berbanding pound Britain kepada 5.8347/8361 daripada 5.8236/8272 sebelum ini.

-- BERNAMA