awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
18/08/2021
15:12 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1142/1176 daripada 3.1182/1192 sewaktu ditutup pada Selasa dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.8619/8659 daripada 3.8768/8778.
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong kenaikan harga minyak walaupun kes jangkitan harian baharu COVID-19 di negara ini meningkat, kata peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.2350/2390 berbanding dolar AS daripada 4.2370/2380 sewaktu ditutup pada Selasa.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit tidak banyak mencatatkan perubahan hari ini berikutan situasi itu telah diredakan oleh pemulihan harga minyak selepas kemerosotan empat hari berturut-turut.
Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent menokok 1.07 peratus kepada US$69.77 setong.
"Bagaimanapun, pelabur terus bimbang terhadap permintaan bahan api berikutan virus ini terus menular dan masih risau mengenai unjuran permintaan bahan api dalam keadaan lonjakan kes COVID-19 di seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan 22,242 kes baharu COVID-19 hari ini, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512.
Sewaktu ditutup, unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1142/1176 daripada 3.1182/1192 sewaktu ditutup pada Selasa dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.8619/8659 daripada 3.8768/8778.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8223/8278 daripada 5.8462/8476 dan naik berbanding euro kepada 4.9617/9664 daripada 4.9874/9885.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tiggi
#dolar AS
#Politik Malaysia
#harga minyak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan