Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 April 2026.
 

  1. Ops Hazard 3.0: PGA rampas RM187 juta, 56 warga asing ditahan

    Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) serta pelbagai peralatan lain dengan nilai rampasan dianggarkan RM187 juta, sekali gus membawa kepada penahanan 56 individu.
     

  2. Pandangan 'ulama' isu harga minyak dangkal, mengelirukan - PM

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan seorang pemimpin politik yang digelar sebagai ‘ulama’ berhubung kenyataan kenaikan harga bahan api hanya berlaku di Malaysia dan tidak di negara lain.
     

  3. Lelaki mengamuk, ancam polis dengan pisau ditahan

    Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) serta pelbagai peralatan lain dengan nilai rampasan dianggarkan RM187 juta, sekali gus membawa kepada penahanan 56 individu.
     

  4. Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta

    Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
     
  5. Malaysia tidak perlu rangsangan, walau krisis Asia Barat - Bank Dunia

    Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.
     

  6. Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi

    Seorang pemuda memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bapa suspek penyerang mengaku “darah polis, askar dan institusi kerajaan halal untuk dibunuh”.

     
  7.  Malaysia akan mohon PBB semak semula terma penugasan pengaman di Lubnan - Mohamad Hasan

    Malaysia akan memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pengaman termasuk Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 dalam Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.

     
  8.  Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis pada 2024

    Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam kes rasuah berkaitan penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat di Perlis. 

     
  9.  Konflik Asia Barat serlah keperluan ke arah keterjaminan dan peralihan tenaga – TPM Fadillah

    Ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat menyerlahkan keperluan Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan dan mempercepat usaha peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

     
  10.  Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan

    Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dalam satu kenyataan, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.27 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 9.40 malam.

 

Advertisement

Must Watch Video