awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/05/2022
11:41 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit pulih daripada penurunannya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan meneruskan kempen kenaikan kadar faedahnya sepanjang tahun, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun bank pusat AS itu dijangka agresif dalam mengetatkan monetarinya, Indeks Dolar AS (DXY) nampaknya mula lemah kerana ia berada di kedudukan terlebih beli bagi tempoh yang agak lama.
Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen risiko terus bertahan dan dengan kelemahan dolar AS, mata wang Asia termasuk ringgit mencatatkan prestasi yang baik menuju ke hujung minggu.
"Harga minyak dijangka meningkat lebih tinggi berikutan kekurangan dari Rusia, oleh itu, ringgit juga mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1962/1982 daripada paras penutup 3.1987/2018 pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 5.5170/5201 daripada 5.5377/5427, meningkat berbanding euro kepada 4.6905/6932 daripada 4.7079/7122 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.4450/4472 daripada 3.4677/4712 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#ditutup tinggi
#Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
#fed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan