awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/01/2023
11:23 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Unit tempatan melepasi paras 4.40 untuk ditutup hari ini kepada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4050/4084 pada Selasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan hari kedua 2023 apabila sentimen risiko semakin bertambah baik berikutan keyakinan terhadap pembukaan semula sempadan China.
Unit tempatan melepasi paras 4.40 untuk ditutup hari ini kepada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4050/4084 pada Selasa.
Bagaimanapun, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberi tahu Bernama bahawa ringgit memerlukan peningkatan data ekonomi China yang lebih ketara sekiranya mahu mencecah paras RM4.25 pada suku pertama tahun ini.
Menurutnya, China barangkali akan melonggarkan dasar sifar COVID-19 tetapi langkah itu juga akan mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan penularan varian baharu di negara tersebut.
Seorang peniaga berkata para pelabur memantau rapat mesyuarat antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan saintis China apabila WTO mempelawa China untuk mengemukakan data mengenai varian COVID-19 yang menular di negara tersebut.
Para pelabur juga menantikan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat pada malam ini selain mengambil kira kebimbangan terhadap kemelesetan global yang menyebabkan harga tenaga merosot.
Sementara itu ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3011/3072 daripada paras penutup 5.2538/2579 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.6650/6703 daripada 4.6460/6495 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2823/2863 daripada 3.2768/2798.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3694/3734 daripada 3.3755/3786 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan