KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu kerana pelabur terus memihak kepada mata wang tempatan dengan menjangkakan kecenderungan menurunkan kadar faedah akan berlaku di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.5180/5220 berbanding dolar AS berbanding paras penutup 4.4820/4860 ketika ditutup semalam.
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding dolar AS pada Rabu.
Beliau berkata kenaikan nilai ringgit itu memberi insentif untuk menarik pelabur terutamanya apabila Rizab Persekutuan (Fed) dijangka akan menurunkan kadar faedah pada minggu depan.
"Pasaran menjangkakan Fed akan mengubah pendirian mereka semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan dan ia mungkin positif untuk ringgit dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4292/4364 daripada 5.4474/4523 ketika ditutup pada Selasa, melonjak berbanding euro kepada 4.7853/7917 daripada 4.8007/8050 tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3405/3453 daripada 3.3383/3415 semalam.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Ringgit melonjak berbanding baht Thai kepada 12.9415/9675 daripada 12.9830/9999 semalam dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 291.20/291.80 berbanding 291.20/291.70 sebelumnya.
Unit tempatan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.3291/3341 daripada 3.3254/3286 pada Selasa dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.17 daripada 8.13/8.14.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.5180/5220 berbanding dolar AS berbanding paras penutup 4.4820/4860 ketika ditutup semalam. - Gambar hiasan/REUTERS
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang pasaran sedang pesat membangun lain susulan pengukuhan pasaran ekuiti dan yuan China.