awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
01/07/2025
12:01 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 4.1995/2005 berbanding dolar AS 4.2060/2130 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen yang lebih baik pasaran mata wang pesat membangun dalam persekitaran penurunan mata wang negara maju itu.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 4.1995/2005 berbanding dolar AS 4.2060/2130 ketika ditutup pada Isnin.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata status dolar AS sebagai mata wang selamat kini dinilai semula, dan ini menyebabkan pelabur mencari peluang keuntungan dalam mata wang serantau seperti ringgit.
"Berikutan pasaran kini dilihat agak stabil, ia mendorong pelabur lebih yakin untuk melabur dalam aset yang berisiko lebih tinggi seperti mata wang pasaran pesat membangun
"Menariknya, ringgit yang sebelum ini sering dianggap ketinggalan di rantau ini kini berjaya menembusi paras rintangan teknikal utama, meskipun Malaysia menawarkan hasil yang lebih rendah berbanding beberapa negara pasaran pesat membangun lain," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata di rantau ini, won Korea, baht Thailand dan ringgit merupakan antara mata wang berprestasi terbaik.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9351/9389 daripada 2.9156/9206, turun berbanding pound Britain kepada 5.7797/7866 daripada 5.7597/7693, dan merosot berbanding euro kepada 4.9566/9625 daripada 4.9290/9372 semalam.
Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.9/259.4 daripada 259.0/259.5, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.45/7.46 daripada 7.46/7.48 sebelum ini.
Namun, mata wang itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3015/3059 daripada 3.2986/3034, dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9363/9585 daripada 12.9356/9627 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit dolar AS
#ditutup tinggi
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami