KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Rabu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan jangkaan semakin meningkat mengenai penurunan kadar faedah AS.
Keadaan itu disusuli oleh perbincangan baharu mengenai kadar faedah rendah pada Selasa, kali ini oleh Christopher Waller, ahli Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dihormati dan cenderung kepada kadar faedah tinggi sebelum ini.
Pada 6 petang, ringgit meningkat semula kepada 4.6495/6550 berbanding dolar AS daripada 4.6690/6725 ketika ditutup pada Selasa.
Rakan Kongsi Pengurusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran pada dasarnya memahami ulasan Waller mengenai potensi penurunan kadar pada awal tahun depan disebabkan oleh inflasi yang perlahan di AS,
"Tahap pergerakan mata wang adalah ketara, terutama dengan set data ekonomi peringkat satu yang akan dikeluarkan minggu ini.
"Pelabur khususnya menunggu bacaan inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS pada Khamis dan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Institute for Supply Management (ISM PMI) pada Jumaat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pelabur mungkin mengambil pendekatan berhati-hati apabila menunggu data penting ini.
Innes berpandangan pasaran berada dalam fasa mengurangkan kekukuhan dolar AS dalam jangka masa panjang.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding euro kepada 5.1014/1075 daripada 5.1140/1178 ketika ditutup pada Selasa, dan tinggi berbanding pound British kepada 5.8951/9021 daripada 5.8965/9009.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.1513/1553 daripada 3.1430/1456 semalam.
Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4909/4953 daripada 3.4948/4976 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.42/8.43 semalam.
Unit tempatan juga naik berbanding baht Thai kepada 13.3484/3722 daripada 13.3629/3791 serta mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.5 daripada 302.4/302.8 ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Pada 6 petang, ringgit meningkat semula kepada 4.6495/6550 berbanding dolar AS daripada 4.6690/6725 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan/REUTERS
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.