Skip to main content

Bisnes

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar

71762835969_matawangringgit.jpg
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.0685/0735 berbanding dolar AS daripada 4.0825/0875 semasa ditutup pada Isnin. - Foto hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki peningkatan dalam mata wang serantau berikutaan kelemahan dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.0685/0735 berbanding dolar AS daripada 4.0825/0875 semasa ditutup pada Isnin.

Harga minyak mentah meningkat susulan laporan serangan peluru berpandu ke atas sebuah kapal tangki gas asli cecair di luar pesisir Oman, mencetuskan kebimbangan mengenai bekalan tenaga dan pelaksanaan perjanjian AS-Iran yang berpotensi akan berlaku.

Iran dan AS kini sedang mengadakan rundingan selama 60 hari mengenai perjanjian muktamad berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani pada bulan Mei.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan dalam indeks pengurus pembelian (PMI) perkhidmatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS kepada 54.0 mata pada bulan Jun telah memberi sokongan kepada mata wang Asia, memandangkan jangkaan kenaikan kadar faedah AS selanjutnya masih tidak menentu.

“Dari sudut pandangan teknikal, ringgit kekal terlebih jual, menunjukkan masih terdapat ruang untuk keuntungan selanjutnya. Pedagang dan pelabur kini sedang menunggu minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Khamis untuk panduan lanjut mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dunia.

Unit tempatan naik berbanding yen Jeun kepada 2.5124/5156 daripada 2.5148/5180 pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4432/4499 daripada 5.4440/4507, dan menokok berbanding euro kepada 4.6483/6540 daripada 4.6594/6651.

Ringgit turut didagangkan tinggi berbanding mata wang serantau.

Mata wang tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1488/1529 daripada 3.1554/1595, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.2129/2331 daripada 12.2403/2600, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 226.2/226.6 daripada 226.8/227.2, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.63 daripada from 6.64/6.65 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement