awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain

Bernama
Bernama
24/04/2025
13:15 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3695/3750 daripada dolar AS, meningkat daripada 4.3880/3925 semasa ditutup pada Rabu. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh daripada dolar AS berikutan penyusutan unit negara maju itu ketika keyakinan pelabur berkurangan akibat ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan dan kurangnya perkembangan dalam rundingan.
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3695/3750 daripada dolar AS, meningkat daripada 4.3880/3925 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat kira-kira 0.32 peratus hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai pertikaian tarif AS dengan China serta rakan perdagangan global lain.
"China dilihat telah menuntut AS menarik balik semua tarif unilateral. Pendekatan tegas ini menunjukkan perang perdagangan ini dijangka berlarutan, mencetuskan sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang," katanya kepada Bernama.
Di dalam negara, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.0670/0710 daripada 3.0925/0959 semasa ditutup pada Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8127/8201 daripada 5.8457/8517 dan menokokberbanding euro kepada 4.9738/9801 daripada 5.0102/0154.
Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3307/3354 daripada 3.3523/3579dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0632/0874 daripada 13.1251/1457.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.75/7.77dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.9/259.4 daripada 260.0/260.5.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan