BISNES
Ringgit ditutup tinggi hari keempat berturut-turut

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2040/2090 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2095 ketika ditutup semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini telah menjejaskan dolar AS, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2040/2090 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2095 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penutupan kerajaan AS akan mengehadkan perkhidmatan kerajaan termasuk pengeluaran data perangkaannya sekali gus menimbulkan lebih banyak ketidaktentuan mengenai keadaan ekonomi semasa negara itu.
Pada penutupan dagangan, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9410/9468 daripada 4.9327/9386 ketika ditutup pada Rabu,susut berbanding pound Britain kepada 5.6741/6809 daripada 5.6605/6672 semalam dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.8669/8705 daripada 2.8561/8597 sebelumnya.
Unit tempatan juga kebanyakannya diniagakan rendah atau tidak banyak berubah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9829/13.0040 daripada 12.9929/13.0128 ketika ditutup semalam.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2665/2707 daripada 3.2623/2665 pada Rabu, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 253.2/253.6 daripada 252.7/253.1 semalamdan tidak banyak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.23/7.25 daripada 7.23/7.24 sebelum ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami