Ringgit kekal mengukuh di bawah paras 4.00 dipacu sentimen positif

Pada jam 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 3.9500/9555 berbanding dolar AS daripada 3.9615/9670, semalam yang merupakan paras tertinggi sejak mencatat 3.9480 pada Mei 2018. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Sentimen positif dan pendirian pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) malam ini, terbukti mendorong ringgit untuk terus bertahan kukuh di bawah paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada akhir urus niaga hari ini.
Ringkasan AI
- Sentimen positif dan pendirian pelabur menjelang mesyuarat FOMC AS malam ini mendorong ringgit kukuh di bawah 4.00 berbanding dolar AS, mencatat paras terendah sejak Mei 2018.
- Mesyuarat FOMC yang akan bermula malam ini dipantau rapat oleh peniaga dan pelabur bagi mendapatkan pandangan Fed mengenai prospek ekonomi AS, di samping pengurangan kadar faedah AS tahun ini yang memberi kesan positif dalam pasaran.
- Pengukuhan ringgit juga berbanding mata wang utama lain termasuk pound Britain, euro, yen Jepun, dolar Singapura, baht Thailand, rupiah Indonesia, dan peso Filipina, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dan prestasi ringgit yang stabil.
"Pasaran misalnya telah menjangkakan dua pengurangan kadar faedah utama AS tahun ini yang memaparkan persepsi bahawa Fed mengamalkan kelonggaran dasar apabila keadaan ekonomi berkembang.
"Selain itu, pengerusi baharu bank pusat AS akan dilantik dalam masa terdekat dan akan diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata walaupun sentimen dalam masa terdekat ini kekal positif, pasaran dijangka kekal berwaspada terhadap hala tuju kadar faedah bagi 2026.
Pada pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, malah pengukuhan mata want itu juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sejajar dengan peningkatan angkanya.
"(Pengukuhan) ringgit tidak harus dilihat secara terpisah (tetapi) harus dilihat juga dari segi peningkatan pelaburan dan pendapatan serta (kadar) pengangguran yang berkurangan.
"Angka ekonomi secara keseluruhannya menunjukkan petanda positif dan berjaya memperkukuh kedudukan ringgit," kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, ringgit juga meningkat berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4103/4178 daripada 5.4166/4241 semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.6958/7023 daripada 4.6999/7064 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5691/5730 daripada 2.5783/5820 sebelum ini.
Prestasi sama turut dicatatkan ringgit berbanding mata wang negara anggota ASEAN lainnya iaitu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1174/1219 daripada 3.1242/1288 semalam, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7247/7478 daripada 12.7441/7679, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 235.5/236.0 daripada 236.0/236.4 serta naik berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.70 daripada 6.72/6.73.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


