KUALA LUMPUR:Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini walaupun dolar mencatatkan penyusutan sementara dalam tempoh semalaman.
Prestasi ini susulan tumpuan kembali terarah kepada kemerosotan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai kenaikan jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1650/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1680 ketika ditutup semalam.
Peniaga berkata ketidakpastian berlanjutan yang menyelubungi pilihan raya presiden dan ekonomi AS telah menyeret turun mata wang negara maju itu.
Ketika ini, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa turun 1.63 peratus kepada US$40.53 setong.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0600/0656 daripada 3.0595/0636 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4262/4357 daripada 5.4224/4288.
Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.9853/9931 daripada 3.9801/9847 ketika ditutup semalam namun meningkat berbanding euro kepada 4.9051/9150 daripada 4.9169/9220.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

COVID-19: Lapan kluster baharu dikesan, 16 kluster lagi tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu dikesan di beberapa negeri pada Sabtu.

Vaksin COVID-19 | Stigma masyarakat di Sibu berubah
Program Imunisasi COVID-19 fasa pertama di Sibu dimulakan di Klinik Kesihatan Lanang pada Sabtu. Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee juga antara individu terawal menerima vaksin itu di Klinik Kesihatan Lanang. Melihat pada stigma penerimaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat di daerah itu, Dr Annuar berkata, ia positif berbanding sebelum ini. Membuktikan orang ramai sedar pentingnya vaksin itu kepada kesihatan awam.

COVID-19 | RM30 juta bagi hantar vaksin ke pedalaman
Dalam tempoh tujuh bulan Program Imunisasi ini, kerajaan beri jaminan untuk menyediakan vaksin kepada 2.2 juta penduduk, tidak kira warganegara ataupun bukan. Antara cabaran bagi vaksin ini sampai kepada penduduk adalah faktor geografi. Justeru, RM30 juta diperuntukkan bagi kos logistik untuk pastikan tiada yang tercicir.

COVID-19 Sarawak | Satu kematian dan pertambahan kluster baharu
Perkembangan COVID-19 di Sarawak. Terdapat satu kematian baharu dilaporkan di Sibu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 81 kes. Selain itu, terdapat pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Buloh di Selangau, Sibu. Angka penting lain yang harus anda ketahui juga hari ini, 255 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,374 kes.

Vaksin COVID-19 | Keselamatan vaksin dibuktikan kelulusan NPRA
Jangan takut untuk ambil vaksin. Seruan buat seluruh rakyat sarawak itu dilafazkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Bukan hanya cakap kosong, ia dibuktikan menerusi pengalamannya sendiri selepas menerima suntikan vaksin itu pada Jumaat.

PRN Sarawak | Nyawa lebih penting daripada pilihan raya - Abang Johari
Dalam sidang media itu, Abang Johari ada ditanya kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 diadakan selepas program imunisasi selesai. Ini reaksi beliau.

Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Politik Sabah : Dakwaan Adun Warisan keluar ramai-ramai satu fitnah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan Sabah (Warisan) di pantai timur Sabah kekal utuh bersama parti berkenaan.

Imuniti kelompok mampu lindungi golongan berisiko - Pakar Kesihatan Awam
Penting untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi penyakit bawaan virus COVID-19 melalui pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

'Alhamdulilah, tiada sebarang alahan selepas 24 jam saya terima vaksin' - Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkongsi pengalaman selepas menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.6 bilion pada akhir Jan 2021 - BNM
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.63 bilion pada akhir Januari 2021, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini
Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada US$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit mencatat prestasi hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini selepas mata wang dolar menyusut berikutan permintaan untuk aset berisiko semakin baik.

Ringgit tidak banyak berubah berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan disebut harga pada 4.0380/0430 berbanding dolar AS daripada 4.040/0440 ketika ditutup petang Khamis.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 ketika ditutup pada Rabu petang.

Ringgit teruskan kenaikan bagi sesi keenam berturut-turut pada awal dagangan
Ringgit meneruskan kenaikan bagi hari keenam berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.

Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.