awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit lemah berbanding dolar AS pagi ini

Bernama
Bernama
26/08/2022
03:20 MYT
Ringgit lemah berbanding dolar AS pagi ini
Pada jam 9.22 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4730/4760 berbanding dolar AS pada penutupan Khamis iaitu 4.4700/4730. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini kerana kekurangan pemangkin, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.22 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4730/4760 berbanding dolar AS pada penutupan Khamis iaitu 4.4700/4730.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata selepas pergerakan secara menaik yang panjang bermula sejak Mac, dolar AS dijangka boleh kembali lemah menjelang ucapan oleh pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.
Beliau berkata pasaran agak bimbang menantikan ulasan daripada Powell kerana terdapatnya beberapa perselisihan pendapat dalam kalangan pengarah Fed mengenai saiz kenaikan kadar faedah seterusnya, yang akan diumumkan pada mesyuarat akan datang pada bulan September.
"Bergantung pada mesej yang disampaikan Powell, dolar AS/ringgit boleh jatuh serendah 4.4230 dan 4.3600 dalam masa beberapa minggu," kata Diniz dalam nota hari ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.4582/4612 daripada penutup Khamis pada 4.4673/4703 dan agak tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.2171/2197 daripada 3.2174/2201 sebelumnya.
Ringgit turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2862/2897 daripada 5.2902/2938 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2736/2760 daripada 3.2750/2774 pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan