awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup

Bernama
Bernama
26/12/2023
11:28 MYT
Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut daripada kenaikan minggu sebelumnya untuk ditutup rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kejatuhan dalam harga minyak mentah termasuk kekurangan permintaan walaupun dolar US lebih lemah, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6340/6435 berbanding dolar US daripada 4.6265/6305 yang direkodkan semasa Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menokok berbanding dolar US kepada RM4.6088 pada sebelah pagi tetapi lesu semasa sesi petang kepada sekitar RM4.6320.
Dilaporkan dolar US berlegar berhampiran paras terendah lima bulan berikutan penurunan dalam data inflasi Amerika Syarikat (AS), menyaksikan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS dan inflasi Teras PCE jatuh kepada 2.6 peratus dan 3.2 peratus.
Mohd Afzanizam memberitahu Bernama bahawa data inflasi menunjukkan Rizab Persekutuan berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran inflasi tahunannya sebanyak 2.0 peratus.
"Persoalan utama sekarang ialah sama ada pencapaian yang lebih lemah dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar boleh diraih pada 2024. Buat masa ini, kes asasnya ialah pencapaian lemah boleh berlaku. Apa pun keadaannya, keperluan untuk menambah lagi Kadar Dana Rizab Persekutuan mungkin tidak terjadi," katanya.
Sementara itu, harga minyak Brent susut 0.1 peratus kepada US$78.79.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.8815/8935 daripada 5.8720/8770 yang disaksikan semasa penutupan Jumaat, berkurangan berbanding euro kepada 5.1044/1148 daripada 5.0915/0959 tetapi lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2517/32586 daripada sebelumnya.
Ringgit juga hilang kekuatan berbanding mata wang Asia lain.
Ringgit mengecil berbanding dolar Singapura kepada 3.5005/5082 daripada 3.4933/4968 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/300.0 daripada 298.7 /299.1 sebelum ini.
Ia juga merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3962/4310 daripada 13.3509/3706 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.35/8.36.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak mentah
#sesi petang
#sasaran inflasi
#mata wang utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan