awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein

Agensi
Agensi
02/02/2026
23:30 MYT
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
Mandelson tidak lagi wajar memegang gelaran sebagai ahli House of Lords, sambil menegaskan perlunya mekanisme yang lebih kukuh bagi menyingkirkan mana-mana anggota yang mencemarkan reputasi institusi berkenaan, tegas Starmer. - Gambar AP
LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengarahkan satu siasatan tergempar berhubung kaitan bekas duta negara itu ke Amerika Syarikat, Peter Mandelson dengan mendiang Jeffrey Epstein ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.
Starmer turut menyatakan keyakinannya bahawa Mandelson tidak lagi wajar memegang gelaran sebagai ahli House of Lords, sambil menegaskan perlunya mekanisme yang lebih kukuh bagi menyingkirkan mana-mana anggota yang mencemarkan reputasi institusi berkenaan.
Namun, beliau mengakui kuasa untuk melucutkan gelaran tersebut bukan terletak pada pejabat Perdana Menteri.
Siasatan itu akan diketuai Setiausaha Kabinet, Chris Wormald, susulan pendedahan dokumen yang sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai hubungan rapat antara Mandelson dan Epstein.
Proses semakan dijangka meliputi keseluruhan rekod komunikasi dan interaksi sepanjang tempoh Mandelson berkhidmat sebagai menteri.
Mandelson, tokoh strategik yang pernah memainkan peranan penting dalam kebangkitan parti Buruh pada era Tony Blair, meletakkan jawatan daripada parti bagi mengelakkan isu berkenaan terus menjejaskan imej parti.
Beberapa dokumen yang sebelum ini didedahkan menunjukkan Mandelson, ketika menjawat jawatan Setiausaha Perniagaan pada 2009, pernah memanjangkan satu nota ekonomi kepada Epstein yang pada asalnya ditujukan kepada Perdana Menteri ketika itu.
Terdapat juga rekod transaksi kewangan yang mengaitkan pembayaran kepada akaun-akaun yang dikaitkan dengannya.
Jurucakap pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa Starmer enggan Mandelson terus menggunakan gelaran ‘lord’, sambil menggesa House of Lords memodenkan prosedur tatatertib bagi memudahkan penyingkiran anggota yang mencemarkan nama baik dewan tersebut.
Mandelson, 72, yang dipecat daripada jawatan duta tahun lalu susulan kaitan dengan Epstein mendakwa, beliau tidak mengingati sebarang transaksi kewangan berkenaan dan tidak dapat mengesahkan ketulenan dokumen yang tersebar.
Turut tersebar ialah satu foto lama menunjukkan beliau berada dalam keadaan tidak formal bersama seorang wanita, namun wajah wanita itu dirahsiakan.
Dalam satu lagi maklumat yang timbul, Epstein dilaporkan pernah menghantar sejumlah wang kepada pasangan Mandelson, Reinaldo Avila da Silva, pada ketika Mandelson masih aktif dalam kerajaan.
Mandelson sebelum ini dipecat daripada jawatan duta pada September, kurang setahun selepas pelantikannya.
Pada Januari, beliau turut mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa Epstein dan menzahirkan kekesalan kerana mengekalkan hubungan persahabatan dengan individu berprofil tinggi yang kontroversial itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Jeffrey Epstein
#Skandal
#bekas duta
#PM UK
#Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan