KUALA LUMPUR: Langkah bank pusat China, People's Bank of China (PBOC) menurunkan kadar utama pinjaman melebihi jangkaan pasaran, mendorong mata wang utama, termasuk ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7975/8000 berbanding dolar AS daripada paras 4.7850/7890, semalam.
Mengikut laporan Bloomberg, mata wang tempatan itu susut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS pada hari ini.
Ringgit yang pernah mencecah paras terendah 4.8850 pada 1998, menyaksikan paras rintangan segeranya hari ini pada 4.80 selepas mencecah 4.7958.
Pasaran terbukti gelisah selepas PBOC bertindak menurunkan 25 mata asas dalam kadar utama pinjaman (LPR) lima tahun kepada 3.95 peratus -- lebih besar daripada jangkaan pasaran sebanyak 10 mata asas.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan turut diasak oleh sentimen berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 21 Feb, 2024.
Beliau berkata, ringgit secara amnya juga rendah berbanding dolar AS hari ini (-0.11 peratus) dan seiring dengan prestasi sama yang dicatatkan oleh renminbi China (-0.06 peratus), rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).
"Oleh kerana Rizab Persekutuan AS dijangkakan tidak mengubah hala tuju dasar monetari, dolar AS sebaliknya memerlukan sokongan yang baik dalam tempoh terdekat.
"Keadaan ini ada benarnya terutama apabila (peratusan) kemungkinan pengurangan kadar faedah AS pada Mac telah berkurangan daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada 11.6 peratus ketika ini," katanya kepada Bernama.
Sejajar dengan perkembangan semasa, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit dalam keadaan kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, mengulas prestasi ringgit, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang positif di masa akan datang.
"Prestasi ringgit baru-baru ini, sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Antara faktor tersebut termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah AS yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China." katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 3.1926/1945 daripada 3.1913/1942, semalam.
Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0468/0499 daripada 6.0358/0408 dan turun berbanding euro kepada 5.1799/1826 daripada 5.1558/1601.
Ringgit juga menyusut berbanding kebanyakan mata wang Asean iaitu turun berbanding baht Thailand kepada 13.3016/3148 daripada 13.2806/2976, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5672/5693 berbanding 3.5555/5587 dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 3.306/306.6 daripada 3.06.0/306.5.
Berbanding peso Filipina, ringgit rendah kepada 8.56/8.57 daripada 8.53/8.54 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7975/8000 berbanding dolar AS daripada paras 4.7850/7890, semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.