awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun

Bernama
Bernama
24/12/2025
12:30 MYT
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.0425/0515 berbanding dolar AS daripada 4.0615/0665 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah.

Ringkasan AI
  • Ringgit mengukuh berbanding dolar AS selepas mencecah 4.04, paras tertinggi dalam hampir lima tahun, disebabkan oleh keyakinan pengguna AS yang lemah.
  • Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd meramalkan kemungkinan Federal Reserve AS mengubah kelonggaran dasar berbanding pengurangan kadar asas sebanyak 25 mata pada 2026.
  • Ringgit juga meningkat berbanding mata wang utama serta serantau ASEAN, menunjukkan prestasi positif di pasaran kewangan.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.0425/0515 berbanding dolar AS daripada 4.0615/0665 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pihak Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS susut kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata dalam November yang ternyata lebih rendah daripada jangkaan awal sebanyak 91.7 mata.
"Ini menunjukkan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan mengubah pendirian kelonggaran dasar lebih daripada pengurangan sebanyak 25 mata asas pada 2026," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata ringgit juga meneruskan momentum peningkatannya hari ini dengan Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.08 peratus kepada 97.863 mata.
Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.7697/7804 daripada 4.7901/7960 pada akhir urus niaga semalam, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4647/4768 daripada 5.4851/4918 serta naik berbanding yen Jepun kepada 2.5940/5999 daripada 2.6039/6072.
Selain itu, ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0277/0639 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.0/241.8 daripada 241.9/242.3, meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.90 daripada 6.90/6.91 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1506/1578 daripada 3.1607/1648.
Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, bersempena cuti umum Hari Krismas dan seterusnya Tahun Baharu pada 1 Jan, 2026.
Operasi akan disambung semula pada hari berikutnya selepas setiap cuti umum itu.
Bagaimanapun, dagangan pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) kekal dibuka sepanjang cuti umum berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Bursa Malaysia
#rizab persekutuan
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan