Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Mei 2026.

1. Malaysia tidak pertimbang sebarang sokongan terhadap pengampunan terhadap Jho Low

Malaysia tidak akan membantah sekiranya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

2. Insiden bayi tertukar di wad HTA selesai, diserah semula kepada ibu

Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur telah diselesaikan dan bayi berkenaan telah diserahkan semula kepada ibu masing-masing dalam keadaan selamat.

3. Mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu kekal syarat wajib ke IPTA - Zambry

Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.

4. Syarat apa yang Dong Zong nyatakan? - KPT

Syarat kelayakan untuk pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) masih belum dimuktamadkan setakat ini, kata ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Azlinda Azman.

5. Hari Belia Negara 2026: Anwar mahu anak muda pupuk pemikiran kritis berteraskan ilmu, akhlak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan budaya pemikiran kritis dalam kalangan anak muda, namun mengingatkan bahawa setiap teguran dan idealisme haruslah berpaksikan kepada ilmu serta keutuhan akhlak.

6. Inflasi diunjur meningkat pada 2026, purata 1.5 hingga 2.5 peratus

Inflasi negara diunjur meningkat secara sederhana pada tahun ini dengan purata antara 1.5 peratus dan 2.5 peratus, dipengaruhi peningkatan kos global termasuk harga komoditi dan tenaga.

7. Kerajaan akan perinci syarat kemasukan pelajar UEC, tahfiz ke universiti - PM

Kerajaan akan memperincikan keputusan membenarkan lepasan institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), untuk melanjutkan pengajian dalam program terpilih di universiti awam (UA).

8. Bekalan beras negara stabil hingga hujung tahun

Kerajaan memberi jaminan bekalan beras negara ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat sehingga penghujung tahun ini.

9. 'KPT tidak iktiraf sukatan pelajaran UEC, sekadar beri laluan'

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.

10. Bukan masa rebut kuasa, Anwar puji kecekalan Aminuddin hadapi kemelut politik Negeri Sembilan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa sekarang bukan masanya untuk perebutan kuasa, sebaliknya pemimpin perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini.

Must Watch Video