KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS dan dibuka lebih tinggi pagi ini apabila permintaan terhadap mata wang tempatan bertambah baik selepas data pengangguran November 2022 yang baharu dikeluarkan membayangkan prospek ekonomi yang positif, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3630/3680 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.3700/3725.
Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran negara menunjukkan trend menurun dengan 600,900 orang menganggur pada November 2022 berbanding 602,000 pada Oktober 2022.
Selain itu, jabatan itu turut menambah jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM133.9 bilion pada Nov 2022, terutamanya dirangsang oleh pertumbuhan dalam subsektor perdagangan runcit.
Sektor pembuatan juga meneruskan pertumbuhan dua angka untuk merekodkan jualan RM159.2 bilion pada Nov 2022, peningkatan sebanyak 11.8 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, indeks pengeluaran perindustrian meningkat sebanyak 4.8 peratus pada Nov 2022 berbanding 4.6 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh pengembangan dalam sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik.
"Kita sedang bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih baik secara keseluruhan selepas pandemik. Penambahbaikan dalam sektor ekonomi ini telah meningkatkan keyakinan pelabur mengenai pertumbuhan ekonomi masa depan kita," kata penganalisis itu kepada Bernama.
Bagi faktor luaran pula, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata sentimen pelabur berubah menjadi berhati-hati menjelang pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS).
"Ini adalah penunjuk yang sangat diperhatikan dan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan AS dan dasar monetarinya; justeru, pasaran selalunya lengang menjelang pengumuman data ini.
"Dari sudut teknikal, gandingan dolar AS-ringgit berada dalam zon sokongan dan jika harga berjaya menembusi melebihi 4.4060, ia boleh meningkat setinggi 4.4850 dalam masa beberapa hari. Sekiranya ia menembusi di bawah paras 4.3600, ia mungkin jatuh serendah paras 4.2500," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3024/3084 daripada 5.3017/3047 pada penutupan urus niaga Rabu, lemah berbanding euro menjadi 4.6959/7013 daripada 4.6938/6965 sebelumnya, dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3083/3126 daripada 3.2984/3007.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2797/2840 daripada 3.2820/2841 pada penutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3630/3680 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.3700/3725. -Gambar fail/Bernama
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.