awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit teruskan aliran penurunan berbanding dolar US

Bernama
Bernama
27/10/2020
13:04 MYT
Ringgit teruskan aliran penurunan berbanding dolar US
Ketidaktentuan berhubung pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang turut mempengaruhi pasaran pertukaran asing (FX) Asia. - Gambar/Reuters
KUALA LUMPUR:Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar US hari ini, berikutan penghindaran risiko dalam pasaran global disebabkan kebimbangan mengenai COVID-19, kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.1640/1680 berbanding dolar US daripada 4.1630/1670 semasa ditutup pada Isnin.
Beliau berkata ketidaktentuan berhubung pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang turut mempengaruhi pasaran pertukaran asing (FX) Asia.
Situasi dijejaskan lagi oleh laporan berita menyatakan bahawa China akan mengenakan sekatan terhadap tiga kontraktor pertahanan AS berhubung cadangan jual senjata kepada Taiwan.
Bagaimanapun, di peringkat tempatan, kebimbangan utama untuk ringgit ialah kejatuhan harga minyak.
"Ini terutamanya apabila tumpuan pasaran beralih kepada Belanjawan 2021, berikutan hasil minyak adalah sokongan yang diperlukan untuk dana kerajaan.
"Dilihat pelabur mahu mengurangkan aset yang berisiko sebelum pilihan raya AS minggu depan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0595/0636 daripada 3.0604/0644 pada Isnin, dan meningkat berbanding pound kepada 5.4224/4288 daripada 5.4319/4392.
Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding yen kepada 3.9801/9847 daripada 3.9689/9739 dan susut berbanding euro kepada 4.9169/9220 daripada 4.9157/9221 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#Amerika Syarikat
#dolar
#AS
#pilihan raya
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan