KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positif dengan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kenaikan kadar faedahnya, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4150/4200 berbanding dolar AS daripada 4.4180/4215 ketika ditutup pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata jangkaan itu didorong oleh data tuntutan pengangguran mingguan di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang menyebabkan saham tempatan dan semalaman AS didagangkan lebih tinggi memandangkan lantunan sentimen.
"Selain itu, kenaikan ringgit juga adalah berkemungkinan berikutan ketiadaan sebarang laporan negatif daripada tempatan, apabila pelancong China tiba selepas tiga tahun dikenakan sekatan perjalanan," katanya kepada Bernama.
Walaupun ia berubah positif berbanding dolar AS, namun ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3336/3379 daripada 3.3061/3090 ketika ditutup pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7090/7144 daripada 4.7078/7116.
Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.3258/3318 daripada 5.3255/3297 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2864/2904 daripada 3.2770/2800.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Walaupun ia berubah positif berbanding dolar AS, namun ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar hiasan
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.