awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada AS$107.0 bilion setakat 15 Julai

Bernama
Bernama
22/07/2022
08:22 MYT
Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada AS$107.0 bilion setakat 15 Julai
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.0 bilion setakat 15 Julai, 2022.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.0 bilion setakat 15 Julai, 2022.
Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$94.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).
Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM471.04 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).
Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.23 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.42 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.99 bilion), deposit lain (RM12.15 bilion), kertas Bank Negara (RM5.76 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.33 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#IMF
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan