awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109.2 bilion

Bernama
Bernama
22/06/2022
12:14 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109.2 bilion
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 15 Jun, 2022.
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing sebanyak AS$109.2 bilion setakat 15 Jun selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu AS$1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.0 bilion, emas AS$2.4 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$3.1 bilion.
Dari segi aset, BNM berkata emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM458.14 bilion manakala kertas kerajaan Malaysia RM12.59 bilion, deposit dengan institusi kewangan RM621.30 juta, pinjaman dan pendahuluan RM23.76 bilion, tanah dan bangunan RM4.14 bilion serta aset-aset lain RM21.68 bilion.
Menurutnya, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM147.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.43 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM11.67 bilion), deposit lain (RM5.26 bilion), kertas Bank Negara (RM5.26 bilion), peruntukan SDR (RM28.12 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.41 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#BNM
#rizab antarabangsa
#Jun 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan