awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 Nov

Bernama
Bernama
22/11/2023
20:30 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 Nov
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$110.5 bilion (US$1=RM4.68) pada 15 Nov 2023. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.5 bilion (US$1=RM4.68) pada 15 Nov 2023.
Menurut bank pusat itu, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Sementara itu, jumlah aset adalah sebanyak RM626.44 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM518.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM66.40 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.18 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.17 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.39 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.03 bilion), deposit-deposit lain (RM38.15 bilion), kertas Bank Negara (RM32.29 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.27 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#rizab mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan