awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun

Bernama
Bernama
31/12/2025
15:20 MYT
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Majlis Negara Perancis dijadual meneliti rang undang-undang, dengan tujuan menyekat akses media sosial bagi golongan muda di bawah umur 15 tahun. - Gambar hiasan/Reuters
ISTANBUL: Perancis akan meneliti satu rang undang-undang pada Januari ini yang bertujuan melarang penggunaan media sosial bagi golongan bawah 15 tahun serta melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar Franceinfo pada Rabu.
Majlis Negara Perancis dijadual meneliti rang undang-undang itu pada 8 Jan ini dengan tujuan menyekat akses media sosial bagi golongan muda di bawah umur 15 tahun serta melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah bermula tahun persekolahan baharu pada September 2026.
Menurut sumber kerajaan, rang undang-undang itu digubal bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang Kesatuan Eropah, berbeza dengan percubaan sebelum ini yang gagal memenuhi keperluan perundangan berkenaan.
Pada November lalu, Presiden Emmanuel Macron menyatakan hasrat untuk meluaskan larangan penggunaan telefon bimbit ke sekolah menengah bermula sesi persekolahan 2026-2027 serta mengenakan larangan penggunaan media sosial kepada golongan bawah 15 atau 16 tahun.
Larangan penggunaan telefon bimbit telahpun dilaksanakan dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#media sosial
#bawah umur
#Rang Undang-Undang
#majlis negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan