awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024

Bernama
Bernama
08/02/2024
20:20 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.
Rizab antarabangsa berjumlah AS$115.1 bilion (AS$1=RM4.71) pada 15 Jan, 2024.
Bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
"Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing," kata BNM dalam satu kenyataan semalam.
Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$102.2 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa ((AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM632.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.23 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.41 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.08 bilion), deposit lain (RM38.99 bilion), kertas Bank Negara (RM31.68 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.52 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#BNM
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan