awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.0 bilion pada 14 Mac 2025

Bernama
Bernama
24/03/2025
09:12 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.0 bilion pada 14 Mac 2025
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025 berbanding AS$118.3 bilion pada 28 Feb, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab matawang asing (AS$105.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM527.99 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM11.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM67.72 bilion).
BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.71 bilion), mata wang dalam edaran (RM175.87 bilion), deposit institusi kewangan (RM141.51 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM7.32 bilion), lain-lain deposit (RM79.80 bilion), kertas Bank Negara (RM10.70 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.65 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#bank negara malaysiabnm
#import barangan
#hutang luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan