awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion

Bernama
Bernama
22/05/2023
09:31 MYT
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion
BNM berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion (AS$1=RM4.53) setakat 15 Mei, 2023, daripada AS$114.4 bilion pada 28 April, 2023.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.9 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM620.02 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM506.33 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.45 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.26 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM167.93 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.81 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.76 bilion), deposit-deposit lain (RM39.84 bilion), kertas Bank Negara (RM9.66 bllion), peruntukan SDR (RM28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.65 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#rizab antarabangsa
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#rizab negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan