KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109.7 bilion setakat 15 Feb, 2021 daripada US$107.8 bilion pada 15 Jan, 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang negeri jangka pendek.
Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$5.0 bilion).
Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain, termasuk SDR berjumlah sehingga RM441.03 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 billon), deposit dengan institusi kewangan (RM2.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.93 bilion).
Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM172.91 bilion), mata wang dalam edaran (RM140.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM140.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.95 bilion), deposit-deposit lain (RM11.81 bilion), kertas Bank Negara (RM9.41 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti lain (RM4.36 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang negeri jangka pendek. - Gambar fail/ Bernama

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$109.7 bln setakat 15 Feb
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109.7 bilion setakat 15 Feb, 2021 daripada US$107.8 bilion pada 15 Jan, 2021.

Program Imunisasi COVID-19 bakal tingkat pelaburan - Pakar ekonomi
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan meningkatkan pelaburan sekali gus menjadikan pengguna berbelanja lebih dalam pasaran negara.

Ketidakpastian ekonomi pacu BNM kurang kadar OPR
Ketidakpastian ekonomi dunia berikutan jangkitan COVID-19 dijangka akan memacu Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 25 mata asas (bps).

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan campur tangan BNM
BNM akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender RM2 bilion, masing-masing selama 14 hari dan 21 hari.

Penguncupan 5.6 peratus KDNK sudah dijangka, namun asas ekonomi masih kekal kukuh
Ekonomi negara yang menyusut sebanyak 5.6 peratus, paling rendah sejak 1998 sebenarnya sudah dijangka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pembukaan semula aktiviti perniagaan mampu pulih kedudukan ekonomi negara
Mohd Yusof berkata, penutupan sepenuhnya aktiviti itu tidak akan membantu pemulihan ekonomi.

Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Pengguna berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang mereka apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.

Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor
moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri

Ekonomi Malaysia menyusut paling rendah sejak 1998
Sementara itu ekonomi tahun penuh 2020 pula turut menyusut sebanyak 5.6 peratus.

BNM umum KDNK suku keempat 11 Februari ini
Pada suku ketiga, Malaysia mencatat penguncupan ekonomi 2.7 peratus. Ini berbanding penguncupan suku kedua pada negatif 17.1 peratus.