Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding AS$125.6 billion pada 15 Januari, 2026. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding AS$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.
Ringkasan AI
- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$126.9 bilion pada 30 Januari 2026 berbanding AS$125.6 bilion pada 15 Januari 2026, mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import dan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.
- Komponen utama rizab termasuk rizab mata wang asing (AS$111.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$5.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion), serta jumlah aset keseluruhan RM599.22 bilion.
- Bank Negara Malaysia menyatakan jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM599.79 bilion, dengan komponen seperti modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM198.83 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM106.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.66 bilion), dan lain-lain.
Jumlah aset berjumlah RM599.22 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM514.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.31bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.61 bilion), harta dan barangan (RM4.56 bilion), dan aset lain (RM35.14 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM599.79 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM198.83 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM106.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.66 bilion), deposit lain (RM65.61 bilion), kertas Bank Negara (RM9.02 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) serta liabiliti lain (RM4.48 bilion).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


