Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion pada 15 Ogos berbanding AS$104.5 bilion pada 31 Julai 2018.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$97.8 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

BNM berkata aset-aset meliputi emas dan tukaran asing, dan rizab lain termasuk SDR (RM421.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.30 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.24 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.15 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.83 bilion).