awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM58 juta telah diagih kepada usahawan India

Bernama
Bernama
23/03/2013
14:38 MYT
RM58 juta telah diagih kepada usahawan India
Sebanyak RM58 juta telah diagih kepada usahawan India di negara ini menerusi pelbagai program pinjaman perniagaan, kata Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Datuk K. K. Eswaran.
Katanya jumlah itu adalah sebahagian daripada RM180 juta yang diumum Perdana Menteri pada 9 Jun lepas.
"Dengan peruntukan yang masih berbaki RM122 juga ini saya menggesa kaum India merebut peluang yang ada bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Informasi MAICCI Sahabat Barisan Nasional, di sini hari ini.
Katanya di bawah peruntukan itu, kerajaan menyalurkan RM150 kepada 15 bank yang menawarkan pembiayaan Industri Kecil dan Sederhana, manakala baki RM30 juta ditawar menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), di bawah Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI).
Eswaran berkata sejak diumumkan, pihaknya telah mengadakan sembilan program jelajah bagi menghebahkan skim terbabit kepada ahli perniagaan India.
Mengenai pusat informasi itu, Eswaran berkata penubuhannya bertujuan memberi penerangan kepada rakyat di Pulau Pinang khususnya kaum India, mengenai pelbagai dasar yang dilaksana kerajaaan untuk mereka.
"Kami juga akan memberikan fakta dan maklumat senarai pertubuhan dan kuil yang mendapat peruntukan kerajaan pusat supaya masyarakat India sedar mereka tidak dipinggirkan kerajaan pusat," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk K. K. Eswaran
#Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan