KUALA LUMPUR: Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta, yang merupakan sebahagian daripada kos keseluruhan mencecah RM5 billion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya kerajaan akan memulakan langkah untuk mereformasi model industri air di seluruh negara agar lebih mampan dan holistik, berikutan isu berhubung kait dengan air tidak berhasil (NRW) masih menyelubungi beberapa negeri yang menjadi cabaran kepada penyediaan bekalan air yang cekap kepada rakyat.
"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah memberi komitmen untuk membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion. Keperluan peruntukan yang begitu besar bagi mengatasi masalah rakyat ini memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.
"Kerajaan juga akan terus meneroka kawasan yang bersesuaian bagi pengekstrakan sumber air bawah tanah dengan membina lebih banyak telaga tiub dan pembinaan empangan bawah tanah," katanya semasa membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 di Parlimen, di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata usaha akan digembleng untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai, yang akan dapat memastikan keterjaminan bekalan air bersih dan selamat kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Sektor Air 2040
Anwar berkata akta berkaitan pencemaran sumber air dan industri perkhidmatan air akan dikaji semula agar hukuman yang setimpal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang melepaskan sisa tercemar ke dalam sungai bagi menjamin kemampanan sumber dan perkhidmatan air bersih untuk kegunaan rakyat.
Menyentuh bencana banjir dan tanah runtuh yang sering berlaku, beliau berkata Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan pada akhir tahun ini bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana tsunami, banjir dan tanah runtuh, sekali gus meningkatkan kecekapan tindak balas bencana demi memastikan keselamatan rakyat.
Katanya Dasar Pengurusan Bencana Negara di bawah kawal selia Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan disemak semula untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan meningkatkan keupayaan menguruskan bencana.
Sementara itu, usaha khusus bagi melindungi spesies Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni) yang kini kian terancam akan dipertingkatkan bagi memastikan keseimbangan ekosistem agar kemampanan alam terjamin.
"Pada masa yang sama, penguatkuasaan dalam menangani jenayah pemburuan haram, memperluas kawasan perlindungan, serta mendayai komuniti tempatan akan diperhebat dalam usaha melindungi hidupan terancam yang lain seperti gajah, orang utan, penyu, seladang dan tapir," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan menggubal perundangan mengenai perubahan iklim untuk mengawal selia pelaksanaan dasar bagi memenuhi kewajipan perubahan iklim negara.
Anwar berkata ia adalah antara inisiatif kerajaan dalam pembangunan rendah karbon, bersih dan berdaya tahan, mengurus sumber asli dengan cekap serta memperkukuh pemboleh daya untuk melonjakkan kemampanan.
"Rangka kerja yang menyeluruh akan disediakan bagi mempercepat peralihan kepada ekonomi kitaran yang dapat menjamin ketahanan ekonomi jangka panjang. Kerajaan juga sedang melaksanakan kajian harga karbon untuk menilai ketersediaan negara bagi melaksanakan cukai karbon dan sistem perdagangan karbon," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan mempermudah pembinaan hab bahan mentah biojisim serta akses pembiayaan berikutan kepentingan mengurus biojisim dengan cekap, bukan sahaja demi menangani isu perubahan iklim, bahkan mampu dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Anwar berkata, kerajaan akan memulakan langkah untuk mereformasi model industri air di seluruh negara agar lebih mampan dan holistik. - Gambar/ Japen
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.
Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan.
Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.
RMK12: Bantuan segera RM800 juta atasi isu air di Kelantan, Sabah - Anwar
Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta.
MB Kelantan beri keutamaan selesai isu air, akan jumpa PM dalam masa terdekat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu air di negeri ini.
PRN: "Tukar Pas di Kelantan, selesai ke isu air?" - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Abdullah mempersoalkan adakah isu air di negeri ini akan selesai jika menukar Pas kepada parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
PRN: Mohd Amar persoal manifesto BN-PH di Kelantan tidak beri keutamaan isu air
Datuk Mohd Amar Abdullah hairan susulan manifesto yang dikemukakan oleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak menjadikan isu air sebagai keutamaan.