awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Fokus aspek digitalisasi, latih pekerja mahir

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/09/2021
10:39 MYT
RMK-12: Fokus aspek digitalisasi, latih pekerja mahir
Insentif untuk syarikat beralih kepada automasi juga perlu seiring dengan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) perlu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digitalisasi serta melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir seiring perkembangan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).
Menurut Felo Indo-Pasifik, Pusat Perth USAsia, Dr Juita Mohamad, tumpuan juga harus diberikan terhadap perusahan kecil, sederhana dan mikro untuk beralih kepada pengunaan digital dalam menjalankan perniagaan.
Katanya peralihan itu perlu jika negara ingin beralih ke tahap negara maju berpendapatan tinggi.
"Jika kita ingin capai status negara maju, industri perlu beralih kepada industri yang bercirikan pengeluaran bernilai tambah dan ia perlu disokong oleh teknologi dan modal insan pakar dan separa pakar.
"Jadi dalam RMK-12 ada keperluan untuk bangunkan IR 4.0 dan kukuhkan ekonomi digital dalam masa 5 tahun ini," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya lagi, insentif untuk syarikat beralih kepada automasi juga perlu seiring dengan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
"Sekiranya tenaga kerja mahir rendah atau berkurangan di negara ini, syarikat perlu mencari jalan untuk teruskan aktiviti mereka dengan cara automasi dan digitalisasi," katanya.
Mengulas lanjut Dr Juita berkata Perusahaan Kecil Sederhana dan Mikro (PKSM) pula ia memerlukan pendekatan berbeza memandangkan perniagaan mereka hanya menggunakan teknologi asas.
Selain itu Dr Juita berkata kerajaan perlu memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang disokong sistem pendidikan asas kukuh dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Rancangan Malaysia ke-12 dijangka dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.
Topic Berkaitan
#RMK-12
#ekonomi
#modal insan mahir
#teknologi
#digitalisasi
#Dr Juita Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan