awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Statisik 2025 akan dibentang tahun ini - Ketua Perangkawan

Seth Akmal
Seth Akmal
05/05/2025
07:46 MYT
RUU Statisik 2025 akan dibentang tahun ini  - Ketua Perangkawan
Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin bercakap semasa wawancara bersama media. - Sumber foto/DOSM
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2025 dijangka akan dibentangkan tahun ini, kata Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
RUU tersebut penting untuk mengukuhkan koordinasi pengurusan statistik negara dan menyelaras penggunaan kod pengkelasan, menurut Mohd Uzir.
“Kita akan melakukan koordinasi pangkalan data dan rangka kerja di setiap kementerian supaya data itu mudah digunakan Program Aplikasi Antaramuka (Application Programming Interface).
“Kita akan menggunakan standard penggunaan pengkelasan, jadi kita kena susun sebagai satu perkara yang perlu diangkat ke peringkat Majlis Statistik dan Data Negara,” katanya.
Tambah beliau, Jabatan Perangkaan Negara telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Ekonomi dan pejabat Peguam Negara (AGC).
“Kita telah bersama dengan pegawai undang-undang di peringkat kementerian dan juga pihak AG telah menghadiri beberapa beberapa pusingan sesi libat urus, kita akan melakukan mengikut zon sehingga berpuas hati,” tambahnya.
Pada April, bengkel pemurnian RUU Statistik telah berlangsung bertujuan untuk mengkaji semula Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).
Mohd Uzir menyatakan perkara demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.
Pada 29 April, Malaysia memenangi tempat pertama dalam Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 dengan skor keseluruhan 90, mengatasi 198 negara lain menurut laporan rasmi Biennial oleh Open Data Watch (ODW).
Pencapaian ini menunjukkan lonjakan ketara berbanding kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.
Topic Berkaitan
#Kementerian Ekonomi
#Malaysia
#Jabatan Peguam Negara
#statistik
#data
#Mohd Uzir Mahidin
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan