Saham CIMB Group Holdings Bhd meningkat pada sesi dagangan pagi ini berikutan pelabur kekal optimistik berhati-hati dengan unjuran syarikat selepas mencatatkan keputusan kewangan suku kedua yang lemah.
Pada 11.37 pagi, saham CIMB naik tujuh sen kepada RM5.01 dengan 4.49 juta saham diniagakan.
Public Investment Bank dalam nota penyelidikan hari ini berkata CIMB masih mampu mencatatkan keuntungan bersih RM2.7 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan 2019, terdiri daripada 54 peratus pelaburan dan 55 peratus anggaran konsensus tahun penuh, disebalik mencatatkan keuntungan bersih tahun ke tahun lebih lemah sebanyak 24 peratus pada suku kedua.
"Kami anggap angka ini secara meluas adalah selaras dengan jangkaan potensi penguncupan margin dan kos kredit lebih tinggi di masa akan datang," katanya.
Menurutnya keadaan masih positif berikutan peruntukan pinjaman terus menunjukkan trajektori positif manakala aktiviti pasaran modal menyumbang kepada dagangan dan pertukaran asing berkaitan pendapatan yang lebih kukuh.
"Kami melihat skop bagi pendapatan berada pada aliran meningkat, khususnya jika pendedahan syarikat di peringkat serantau mencatatkan pemulihan lebih signifikan," katanya.
Katanya dengan operasinya di Indonesia akan memainkan peranan lebih penting, bank pelaburan itu optimistik dengan prospek jangka lebih panjang CIMB disebalik berdepan beberapa cabaran dalam jangka terdekat.
AllianceDBS Research dalam nota berasingan berkata CIMB masih lagi dan proses peralihan untuk tempoh dua tahun akan datang dengan perbelanjaan diutamakan kepada pelaburan untuk memacu pertumbuhan bagi strategi Forward23, yang berobjektif untuk memacu pertumbuhan dan daya tahan perniagaannya.
"Walaupun terdapat beberapa kejutan positif dalam bentuk pelarasan dan keuntungan daripada pelupusan, masih belum dapat dilihat dengan jelas jika kumpulan akan menjana pulangan pada asas mampan.
"Kami berpandangan sasaran CIMB bagi pulangan 12-13 peratus ke atas ekuiti pada 2023 adalah optimistik dan akan memerlukan keadaan pasaran yang lebih memihak," katanya.
Public Investment mengekalkan saranan "Outperform" terhadap CIMB dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.
AllianceDBS mengekalkan saranan "Pegang" dengan harga sasaran RM5.35 ke atas CIMB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 30 2019
Pada 11.37 pagi, saham CIMB naik tujuh sen kepada RM5.01 dengan 4.49 juta saham diniagakan. - Gambar fail/
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Saham CIMB naik susulan unjuran optimistik berhati-hati
Saham CIMB Group Holdings Bhd meningkat pada sesi dagangan pagi ini berikutan pelabur kekal optimistik berhati-hati dengan unjuran syarikat.