awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBPP lupus dan tangkap 17,750 gagak, 10,171 merpati tahun lepas
Polis tahan 10 lagi individu bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Letupan di Nilai: Marah, dendam bekas kekasih dipercayai punca suspek hasilkan IED
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2026
05:15 MYT
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Tindakan dua individu berlagak samseng mengundang padah apabila kedua mereka kini sedang diburu pihak polis. - Foto tangkap layar video tular
KAJANG: Tindakan dua individu berlagak samseng dengan memegang objek disyaki kayu di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) mengundang padah apabila mereka kini diburu polis susulan kejadian itu pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan diterima pada jam 9.08 malam.
"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada hari sama kira-kira jam 9 pagi serta melibatkan dua individu dengan salah seorang daripadanya memegang objek disyaki kayu.
"Akibat insiden tersebut, aliran trafik di kawasan berkenaan terjejas dan menimbulkan kebimbangan orang awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-974 0758,” katanya. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#pegang kayu
#Plaza Tol Sungai Long
#Kajang
#dua lelaki diburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan