Saham DRB-Hicom Bhd diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 9.44 pagi, sahamnya jatuh enam sen atau tiga peratus kepada RM1.95.
Deftech, yang merupakan syarikat 100 peratus milik DRB-HICOM, antara lain membuat, memasang dan membekalkan kenderaan tentera dan komersial.
Susulan penyiasatan itu, AmBank Research hari ini menurunkan gred DRB-Hicom kepada "underweight" daripada "hold" dengan nilai adil lebih rendah pada RM1.74, berdasarkan kadar diskaun lebih tinggi sebanyak 30 peratus berdasarkan kaedah penilaian jumlah bahagian daripada 20 peratus sebelumnya.
Penurunan gred itu disebabkan wujud potensi sentimen negatif yang timbul daripada penahanan eksekutif kumpulan itu oleh SPRM dan ketidakpastian dengan keupayaan kumpulan untuk mendapatkan kontrak kerajaan di masa depan.
Semalam, SPRM menahan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kewangan syarikat itu kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan tentera bernilai RM17 juta.
Kedua-duanya disyaki menerima rasuah berjumlah ratusan ribu daripada beberapa syarikat bagi pembekalan peralatan untuk kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2015 dan 2017.
MACC turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 dan dokumen berkaitan projek itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.
Bernama
Tue May 14 2019

Saham DRB-Hicom diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat SPRM. -Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) [INFOGRAFIK] Proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892113/8967789641614084258454_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

AWANI Ringkas: Individu terawal terima vaksin di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini
Ia sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Azmin Ali ketuai mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional
Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Putrajaya pada Rabu malam.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

Jambatan ikonik Tasik Kenyir jadi tarikan baharu di Terengganu
Jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh sekitar 5.2-5.9 peratus tahun ini - AmBank Research
Perkara itu antara lain didorong peningkatan KDNK, perdagangan global dan langkah-langkah bantuan rangsangan.

Berapa pertumbuhan ekonomi Malaysia suku keempat 2020?
Maybank Investment Bank Berhad jangka ekonomi Malaysia menguncup 5.4 peratus pada 2020, berdasarkan unjuran awal syarikat itu.

India gesa China hadkan semua aktiviti
Kementerian Luar India menggesa China untuk mengehadkan semua aktivitinya kepada kawasan dalam garisan kawalan sebenar atau LAC China.

AmBank Research kekalkan sasaran inflasi 2019 pada 1.0 peratus
Inflasi teras dijangka tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik.

Saham DRB-Hicom jatuh selepas SPRM siasat Deftech
AmBank Research hari ini menurunkan gred DRB-Hicom kepada "underweight" daripada "hold" dengan nilai adil lebih rendah pada RM1.74.