awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Media Prima tidak berubah meskipun pengumuman pelan rasionalisasi tenaga kerja

Bernama
Bernama
16/12/2019
05:12 MYT
Saham Media Prima tidak berubah meskipun pengumuman pelan rasionalisasi tenaga kerja
Sejak awal Oktober tahun ini, saham syarikat media itu mengalami penurunan ketara, jatuh sebanyak 69.8 peratus daripada 48 sen pada 1 Okt kepada 14.5 sen hari ini dengan 110,300 saham diniagakan. - Gambar fail.
Saham Media Prima Bhd tidak berubah setakat 11.40 pagi hari ini di tengah-tengah pengumuman pelan rasionalisasi tenaga kerjanya.
Sejak awal Oktober tahun ini, saham syarikat media itu mengalami penurunan ketara, jatuh sebanyak 69.8 peratus daripada 48 sen pada 1 Okt kepada 14.5 sen hari ini dengan 110,300 saham diniagakan.
Media Prima dalam satu kenyataan hari ini berkata strukur operasi baharu dan senarai pekerja yang terlibat ditentukan selepas beberapa perundingan dengan Kesatuan Sekerja Sistem Televisyen Malaysia Bhd, Kesatuan Eksekutif TV3, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (Cawangan NSTP) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (NUNW).
"Pemakluman rasmi diberikan kepada semua kakitangan terlibat pada 16 Dis, 2019, dan bayaran pampasan akan dibuat sepenuhnya selepas proses kawal selia dan dalaman selesai.
"Kumpulan memastikan pampasan yang adil dan saksama ditadbir oleh Akta Pekerjaan 1955, perjanjian kolektif kesatuan masing-masing dan kontrak pekerjaan; dan kumpulan juga akan menyediakan sokongan yang termasuk perkhidmatan penempatan keluar pekerjaan dan kaunseling kerjaya," kata syarikat itu.
Dilaporkan bahawa syarikat itu merancang mengurangkan sehingga sebanyak 1,500 pekerjaan.
Media Prima merupakan syarikat media kedua di negara ini yang berdepan masalah kewangan selepas akhbar harian berbahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia, terpaksa menutup operasinya pada Oktober tahun ini.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eksekutif TV3
#Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia
#Media
#media prima bhd
#nstp
#NUNW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan