awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak Energy meterai LoI dengan Kalimantan Utara

Bernama
Bernama
28/04/2016
02:13 MYT
Sarawak Energy meterai LoI dengan Kalimantan Utara
SJTVIET: LoI itu menyediakan asas bagi Sarawak Energy untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
Sarawak Energy Bhd, syarikat milik kerajaan negeri hari ini memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Kalimantan Utara untuk menyediakan kepakaran teknikal dan perundingan kepada wilayah Indonesia itu.
Surat tersebut mengformalkan perjanjian untuk meneroka peluang perkongsian dalam projek penjanaan kuasa dan merangka strategi bagi menambah baik prasarana bekalan kuasa di Kalimantan Utara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Torstein Dale Sjtviet, mewakili Sarawak Energy memeterai surat tersebut manakala Kalimantan Utara diwakili gabenornya Dr H. Irianto.
Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Menteri Utiliti Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Bercakap selepas majlis permeterian tersebut, Sjtviet berkata LoI itu menyediakan asas bagi Sarawak Energy untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
"Kami kini mempunyai peluang untuk menunjukkan kapasiti dan keupayaan kami dalam mengurus dan membangunkan projek kuasa di luar Sarawak.
"Ia juga membuka ruang bagi profesional dalam Sarawak Energy untuk mempraktiskan kepakaran dan pengetahuan mereka di luar negara," katanya.
Terdahulu pada Januari, Sarawak Energy, mula mengeksport kuasa ke Kalimantan Barat.
Syarikat itu juga membangunkan rancangan dengan Brunei dan Sabah bagi lebih banyak projek sambungtara yang akan memajukan konsep ASEAN Grid.
Topic Berkaitan
#Amar Awang Tengah Ali Hasan
#Kalimantan utara
#Sarawak Energy
#Torstein Dale Sjtviet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan