Getah menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan, terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.
Malah, Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di sini menerusi ciapan twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan wiranya - saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan, didatangkan dari Malaysia!
Ironinya, hanya beberapa bulan lepas, Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya.
Berikutan itu, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).
Bagaimana pun, lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac lepas.
Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan.
Di sudut lain, demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA juga perlu memastikan bekalan tersebut mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalan usaha memerangi pandemik itu, kata Presiden persatuan, Dennis Low.
MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada tahun ini, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia.
Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom, menjangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu.
Sebagai contoh, Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia, tidak mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac lepas apabila PKP dikuatkuasakan.
Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Susulan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, bekalan kondom juga dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya.
Dalam pada itu, minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung COVID-19.
Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci.
"Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian anda, tetapi turut membunuh kuman termasuk coronavirus," kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron menulis di akaun twitter beliau : "Minyak sawit membantu ketika musim coronavirus apabila kita perlu berada di rumah. Malah, usaha memasak lebih mudah dengan menggunakan minyak sawit yang harganya juga amat berpatutan!"
Secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan kalangan penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas jika pandemik itu berlarutan dan mengekang keupayaan negara memenuhi permintaan global.
Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 29 2020
Lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat pengeluar sarung tangan pada 23 Mac lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke