UK catat tahun paling banyak cahaya matahari dalam rekod

Sinaran cahaya matahari yang banyak di Britain dikaitkan dengan 'pengaruh tekanan tinggi yang kerap yang mengurangkan litupan awan dan membawa langit cerah bagi kebanyakan kawasan'. - Gambar hiasan
LONDON: Britain mungkin dikenali dengan iklimnya yang lembap dan mendung, namun ia mencatatkan tahun paling banyak cahaya matahari dalam rekod pada 2025, umum ahli meteorologi pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Ringkasan AI
- Britain mencatatkan tahun paling banyak cahaya matahari dalam rekod pada 2025 dengan purata 1,622 jam cahaya matahari sehingga 15 Disember, mengatasi rekod sebelumnya pada 2003.
- Sinaran cahaya matahari yang banyak disebabkan oleh pengaruh tekanan tinggi yang kerap membawa langit cerah terutamanya semasa musim bunga dan musim panas.
- Perubahan iklim yang didorong oleh manusia menyebabkan kejadian cuaca yang lebih kerap dan ekstrem di seluruh dunia, namun tiada bukti muktamad mengenai trend masa depan jumlah cahaya matahari disebabkan oleh perubahan iklim.
Sinaran cahaya matahari yang banyak itu dikaitkan dengan "pengaruh tekanan tinggi yang kerap yang mengurangkan litupan awan dan membawa langit cerah bagi kebanyakan kawasan".
Tempoh langit cerah yang panjang itu turut menyumbang kepada Britain mengalami musim panas paling panas dalam rekod pada tahun ini.
Met Office menyatakan pada September bahawa hitung panjang suhu pada bulan di musim panas adalah 16.10?Selsius (C), melepasi rekod sebelumnya iaitu 15.76?C yang dicatatkan pada 2018.
Ahli Sains memberi amaran secara berterusan bahawa perubahan iklim yang didorong oleh manusia mengakibatkan kejadian cuaca yang lebih kerap dan ekstrem di seluruh dunia.
Met Office dalam kenyataan pada Rabu menyatakan yang "unjuran iklim pada masa ini menunjukkan tiada bukti muktamad mengenai trend masa depan dalam jumlah cahaya matahari disebabkan oleh perubahan iklim".
Ia menyatakan UK secara amnya menjadi lebih cerah sejak 1980-an, walaupun "punca trend ini tidak dapat dipastikan". "Ia mungkin disebabkan oleh kebolehubahan semula jadi, walaupun pengurangan aerosol mungkin menjadi satu daripada faktor," menurut agensi itu.
Ia turut menyatakan yang 2024 adalah tahun yang paling suram bagi cahaya matahari sejak 1998.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


