KUALA LUMPUR: Walaupun Malaysia berada di peringkat akhir strategi 6R (ketegasan, berdaya tahan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula) untuk keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada fasa endemik, semua mata akan tertumpu pada Bajet 2022 dan manfaat yang ditawarkannya.
Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik.
Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang pertama sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan, Bajet 2022 dijangka terus bercirikan pengembangan dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan RMK12 yang akan memacu pertumbuhan ekonomi, keterangkuman dan kemampanan dalam jangka sederhana, berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Menurut Kenyataan Pra-Bajet pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) pada Ogos, kerajaan akan memastikan bajet tersebut komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat "Keluarga Malaysia", dengan tiada individu atau perniagaan yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan, terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan pada 2021.
Bajet 2022, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Okt 2021, akan turut memastikan kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memacu pemulihan ekonomi, menurut MoF.
Bagi membantu negara pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi, penganalisis menjangka satu lagi bajet dengan peruntukan yang besar kali ini, berbanding RM322.5 bilion yang diumumkan dalam bajet sebelum ini (yang kemudian disemak semula kepada RM314.8 bilion).
Sektor penjagaan kesihatan dilihat sebagai penerima manfaat terbesar walaupun hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan paras hutang statutori sebanyak 56.8 peratus sehingga Jun 2021.
Bajet 2021 merupakan yang terbesar dalam sejarah Malaysia apabila ia diumumkan pada tahun lepas.
Menurut Ahli Ekonomi UOB Bank Julia Goh dan Loke Siew Ting, jumlah perbelanjaan kerajaan diunjurkan meningkat 2.9 peratus kepada RM338 bilion pada 2022, menjadikannya lebih besar daripada bajet sebelumnya.
Kerajaan juga dijangka terus membantu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik seperti pelancongan, peruncitan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Ini sebahagiannya akan diimbangi oleh anggaran kutipan hasil sebanyak RM230 bilion, menyebabkan kekurangan fiskal sebanyak RM107.3 bilion pada 2022. Jurang bajet bersamaan dengan 6.5 peratus daripada KDNK pada tahun depan, lebih kecil daripada anggaran tujuh peratus daripada KDNK pada tahun ini," kata mereka dalam nota penyelidikan.
Langkah berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja turut dapat dilihat selain melindungi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.
"Mungkin pengumuman bajet kali ini akan memberi lebih banyak penjelasan mengenai bagaimana kerajaan merancang untuk mengurangkan jurang bajet, berdasarkan RMK12 telah menunjukkan kekurangan fiskal sebanyak 3.0 hingga 3.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025, berbanding anggaran 2022 sebanyak 6.5 hingga 7.0 peratus," kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
Dari segi hasil cukai, walaupun terdapat permintaan supaya kerajaan mengkaji untuk melaksanakan cukai keuntungan luar biasa dan cukai keuntungan modal atau memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pakar menjangka tiada cukai baharu akan dilaksanakan dalam Bajet 2022 kerana persekitaran yang tidak menentu disebabkan COVID-19 di peringkat domestik dan global yang boleh menjejaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Bagaimanapun, dalam Kenyataan Pra-Bajetnya, MoF menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hasil cukai melalui peningkatan pematuhan cukai.
Cadangan dalam kajian termasuklah pelaksanaan Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) untuk cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Ia turut mencadangkan pengenalan sijil pematuhan cukai sebagai pra-syarat untuk penender yang mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan.
"Ketiga, pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan mengkaji semula pelaksanaan cukai yang dikenal pasti mempunyai elemen ketirisan hasil atau amalan berbahaya," katanya.
Kajian semula yang menyeluruh terhadap rangka kerja insentif cukai turut dijalankan untuk memastikan insentif cukai yang ditawarkan kepada pelabur asing dan tempatan kekal relevan dengan landskap perniagaan semasa selain terus mengekalkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti.
Sementara itu, terdapat kemungkinan lebih banyak peruntukan untuk projek berkaitan infrastruktur.
"Senarai projek lebuh raya dan kereta api telah dinyatakan dalam RMK12, dan kami menjangka akan turut ditampilkan dalam Bajet 2022," kata Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Abdul Mui'zz Morhalim kepada Bernama.
Antara projek itu ialah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), Laluan Kereta Api Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Central Spine Road.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Bagi membantu negara pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi, penganalisis menjangka satu lagi bajet dengan peruntukan yang besar kali ini. - Gambar hiasan
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).