awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berusia 41 tahun ditahan kes hasut, aib institusi diraja di TikTok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/09/2025
01:20 MYT
Lelaki berusia 41 tahun ditahan kes hasut, aib institusi diraja di TikTok
Kumar menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyalah guna media sosial untuk menyebarkan kenyataan hasutan, penghinaan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis kerana disyaki menyebarkan video berunsur hasutan dan mengaibkan institusi diraja melalui aplikasi TikTok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman selepas pihaknya mengesan penularan video di akaun TikTok @muhammad.bin.abdu969.
“Video berkenaan mengandungi kenyataan berunsur hasutan serta mengaibkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
"Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kumar berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan satu kes berkaitan narkotik dan tiga kes jenayah.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Bagi Seksyen 504 Kanun Keseksaan pula, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya.
Kumar menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan hasutan, penghinaan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan sentiasa menghormati undang-undang," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#TikTok
#hasut
#aib institusi diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan