KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah berjaya membuktikan dakwaan dalam saman sivil ke atas bekas timbalan Pengerusi Patimas Computers Bhd (Patimas) Datuk Raymond Yap Wee Hin yang berkaitan dengan dagangan orang dalam.
Pesuruhjaya Kehakiman Puan Adlin Abdul Majid dalam membenarkan dakwaan SC mengisytiharkan bahawa Yap telah melanggar undang-undang sekuriti yang berkaitan dan memerintahkan beliau membayar RM3.28 juta, yang merupakan jumlah yang sama dengan tiga kali kerugian yang dielakkan olehnya akibat daripada dagangan orang dalam.
Di samping itu, Yap juga diperintahkan untuk membayar penalti sivil sebanyak RM1 juta dan dihalang daripada menjadi pengarah di mana-mana syarikat tersenarai awam untuk selama lima tahun, mulai 7 April 2022.
SC juga diberikan kos sebanyak RM100,000, kata SC dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam satu saman yang difailkan pada 2020, SC mendakwa Yap telah melanggar Seksyen 188(2)(a) dan (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila beliau melupuskan sejumlah 43.82 juta saham Patimas yang dipegang oleh bekas Pengarah Urusan Patimas, Law Siew Ngoh dan penghutang utamanya dari Jun hingga Julai 2012.
Beliau melakukan pelanggaran itu semasa memiliki bahan, maklumat bukan awam yang berkaitan dengan pertanyaan serta isu audit mengenai transaksi yang mencurigakan antara Patimas dan penghutangnya, kata SC.
Perkara tersebut telah dibangkitkan dan dibincangkan oleh Ernst & Young (EY) Malaysia, juruaudit luar Patimas, semasa pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat.
Berikutan itu, pada 31 Julai 2012, Lembaga Pengarah Patimas mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Patimas tidak akan dapat mengeluarkan penyata kewangan teraudit tahunan pada 31 Julai 2012 bagi tempoh kewangan mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Mac 2012 kerana penemuan/pertanyaan audit utama yang belum diselesaikan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Yap juga diperintahkan untuk membayar penalti sivil sebanyak RM1 juta dan dihalang daripada menjadi pengarah di mana-mana syarikat tersenarai awam untuk selama lima tahun, mulai 7 April 2022. - Gambar fail

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.
Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

SC: Bekas Timbalan Pengerusi Patimas Computers didapati bersalah di Mahkamah Tinggi
Pesuruhjaya Kehakiman Puan Adlin Abdul Majid dalam membenarkan dakwaan SC mengisytiharkan bahawa Yap telah melanggar undang-undang sekuriti yang berkaitan.